Ringkasan Bab 9.
Sebagai seorang hamba Allah dan juga manusia, akan sentiasa menghadapi berbagai bentuk dan rupa masalah yang mana memerlukan penyelesaian. Pelbagai jalan penyelesaian yang boleh digunakan antara dalam bentuk logik, agama, perasaan dan malah juga secara kreatif. Masalah dan isu perlu diberi perhatian dan diselesaikan dengan segera dan juga perlu berhati-hati jika sesuatu masalah dan isu itu amat rumit ntuk diselesaikan.
Mengikut kajian oleh Francis, 1990, terdapat ciri-ciri tertentu yang membezakan kemampuan seseorang di dalam penyelesain masalah. Antaranya adalah motivasi yang kuat. Penyelesai masalah yang bersikap positif dan tidak mudah mengalah dengan semua kesukaran akan cuba mengatasi segala halangan dan menunjukkan kebolehan untuk menyelesaikan masalah yang dianggap sukar oleh orang lain. Mereka juga melihat masalah yang dihadapi sebagai sementara sahaja dan percaya masa hadapan yang baik haruslah diwujudkan. Selain itu, mereka juga akan melipatgandakan usaha bagi mencari penyelesaian jika masalah itu menjadi rumit.
Penyelesai masalah yang mempunya trait yang positif akan menunjukkan minat yang menhalang mereka dan akan melibatkan diri secara total untuk mencari penyelesaian. Mereka juga haruslah pintar dan tidak mudah gentar untuk memahami dan menangani isu-isu. Disamping itu, mereka juga perlu ada sifat yang tidak mudah luntur dan tidak mudah mengaku kalah.
Selain itu, penyelesai masalah yang mempunyai jati diri dan keyakinan diri yang tinggi dapat menguasai situasi yang timbul. Ketika menyelesaikan masalah, mereka perlu berfikiran positif dan yakin bahawa mereka boleh menyelesaikan masalah. Membina kemahiran juga adalah ciri yang boleh diambil untuk penyelesai masalah dengan menghadiri bengkel-bengkel pengurusan masalah.
Untuk mengklasifikasikan masalh mengikut kategori yang tertentu kerana jenis masalah memerlukan penyelesaian tersendiri. terdapat enam jenis masalah mengikut Francis, 1990, iaitu misteri, tugasan, kesukaran, peluang, "puzzle" dan dilema.
Penyelesaian masalah secara saintifik dan logik mempuntai lapan langkah adalah seperti langkah pertama, mendefinisikan masalah iaitu dengan memahami semua faktor yang menyebabkan berlakunya sesuatu masalah. Langkah kedua, mengkelaskan masalah iaitu dengan berdasarkan tinggi atau rendahnya risiko yang ada pada setiap masalah. Langkah ketiga menentukan objektif, kerana ia akan menetukan apa yang diigini daripada aktiviti yang hendak dilaksanakan. Langkah keempat, tentukan ukuran kejayaan iaitu menetukan standard atau piawai yang akan menjadi pengukuran tentang kejayaan dalam penyelesaian masalah.
Seterusnya adalah langkah kelima, kutipan data, mengumpul data atau maklumat yang berkaitan dengan masalah yang hendak diselesaikan. Langkah keenam, membuat keputusan dengan pendekatan yang paling baik dengan mendapat consesus daripada semua staf di dalam memilih opsyen untuk dilaksana. Langkah ketujuh, melaksanakan keputusan yang diambil, ia mudah kerana semua proses tindakan telah pun dihuraikan di dalam opsyen yang perlu dilaksanakan. Dan akhir sekali, adalah penilaian. Penilaian adalah penting kerana ia akan memberi gambaran tantang keberkesanan tindakan penyelesaian maslah yang telah diambil.
Akhir sekali ada penyelesaian secara Islam. Penyelesaian malsah secara Islam (al-Halli al-Ilami) mempunyai dua corak iaitu, pendekatan hukum dan pendekatan sufi. Pendekatan hukum dalam penyelesaian masalah merupakan bentuk pendekatan Islam yang bersifat rasional dan intelektual. Pendekatan hukum disini bermaksud ialah hukum-hukum qat'I dan ijtihadi. Mengenai hukum qat'i atau tegas dan jelas, antaranya ialah hukum-hukum ibadat, munahakat, jinayat hudud dan sebagainya.
Pendekatan sufi pula bersifat moral dan spiritual. Ia juga menggunakan pendekatan yang bersifat lembut dan lunak. Penyelesaian masalah menurut pendekatan sufi memerlukan kefahaman tentang tiga perkara, iaitu, hakukat maslah, sebab masalah, dan kaedah penyelesaian. Ia berasaskan proses tazkiyah an-nafs melibatkan dua dimensi, horizontal dan vertikal.